Cari @ Amanz

Google sebelum ini telah pun hadir dengan versi beta terakhir untuk sistem operasi Android P, dan kini ramai menantikan pelancaran rasmi sistem operasi Android yang seterusnya berkenaan.

Selari dengannya, hari ini, @evleaks berkongsi sebuah gambar kalendar dengan “P” ditandakan pada tarikh 20 Ogos. Hal ini sekaligus membawa kepada spekulasi yang mana Android P mungkin dilancarkan secara rasminya pada 20 Ogos kelak, sekaligus membolehkan pelbagai pengeluar bersedia untuk menawarkan kemaskini untuk peranti mereka selepas itu.

Buat masa ini, Google masih belum mengumumkan sebarang nama akhir untuk Android P ini. Kita mungkin mendengar lanjut mengenai sistem operasi akan datang daripada Google ini dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd