Carian
“Hajj Hackathon” Di Arab Saudi Memecah Rekod Dunia Untuk Bilangan Peserta Hackathon Paling Ramai
August 3, 2018 Aman

Bersempena dengan musim Haji, kerajaan Arab Saudi menganjurkan Hajj Hackathon dalam usaha mengumpulkan idea menggunakan teknologi dalam mengatasi dan mempermudahkan urusan haji yang dilakukan setiap tahun. Acara tiga hari yang berlangsung di Jeddah ini dilihat turut mencatatkan rekod tersendiri apabila memecah rekod dunia Guinness dalam angka peserta hackathon paling ramai setakat ini.

Hajj Hackathon

Melalui acara Hajj Hackathon ini, ia menghimpunkan para pembangun aplikasi, pengaturcara, perekabentuk dan usahawan disatu bumbung dan membangunkan aplikasi mereka tersendiri.

Acara ini dilihat disertai oleh sekitar 2950 peserta dari seluruh dunia – sekaligus memecahkan rekod sebelum ini yang dipegang di India dengan bilangan peserta seramai 2577 orang.

Hajj Hackathon ini akan berakhir pada 3 Ogos 2018, dimana pemenangnya akan menerima suntikan dana pelaburan mencapai SAR 1 juta. Sama-sama kita nantikan perkongsian idea kreatif daripada para peserta acara Hajj Hackathon ini pada petang esok.

https://twitter.com/RiyadhReport/status/1024879510095847424

Komen