Apple Diarahkan Membayar RM590 Juta Kerana Melanggar Dua Lagi Paten

Apple Diarahkan Membayar RM590 Juta Kerana Melanggar Dua Lagi Paten

Diterbitkan pada Ogos 3, 2018 oleh .

Hari ini, Apple telah menggemparkan dunia apabila syarikat mereka adalah syarikat pertama yang mencecah nilai $1 Trilion. Walau bagaimanapun Apple tetap Apple – mereka berpisah tiada dengan mana-mana pelanggaran Paten.

Terkini, Apple diarahkan untuk membayar $145 Juta (~RM591 Juta) kerana melanggar paten daripada WiLan. Mereka melanggar paten – kaedah dan radas untuk protokol permintaan jalur lebar dan kawalan masuk penyesuaian panggilan yang digunakan pada sistem komunikasi nirwayar.

Ini bukanlah kali pertama Apple berhadapan dengan WiLan, kerana pada tahun 2013 – mereka menang dalam mahkamah dan didapati tidak bersalah. Akhirnya tahun ini, Apple kalah.

Nampaknya, Apple perlu berhenti meniru, melanggar paten atau mencuri idea – tetapi mereka kini perlu melakukannya semua sendiri.


TIPS & ULASAN