Instagram Menguji Akses Pintas Emoji Pada Ruang Komen

Instagram Menguji Akses Pintas Emoji Pada Ruang Komen

Diterbitkan pada Ogos 3, 2018 oleh .

Instgram kerap menguji ciri dan fungsi baru pada aplikasi mereka. Baru-baru ini mereka perkenalkan fungsi untuk tidak membazir masa. Manakala sebelum ini, notifikasi diberikan jika seseorang rakan dalam talian. Terkini – Instagram sedang menguji akses pintas emoji pada ruang komen.

Jika anda lihat, rakaman skrin di bahagian atas adalah ruang komen yang lama, manakala di bahagian bawah adalah ujian baru. Pengguna kini boleh memasukkan emoji dengan mudah.

Selain daripada itu, Instagram turut menguji ikon akses DM berada di bawah hujung kanan. Di mana adalah lokasi profil sebelum ini. Ikon akses ini bertukar, ikon profil kini berada di atas hujung kanan.

Seperti biasa, ujian ini hanya dapat dilihat oleh beberapa pengguna. Instagram mengemaskini bahagian server sahaja. Tidak pasti jika ini adalah keputusan akhir Instagram, jika benar ia mungkin akan hadir kepada semua tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN