Perkongsian Lokasi Dalam Google Maps Kini Memaparkan Status Bateri Rakan

Perkongsian Lokasi Dalam Google Maps Kini Memaparkan Status Bateri Rakan

Diterbitkan pada Ogos 3, 2018 oleh .

Google Maps adalah aplikasi navigasi dan pemetaan yang mudah digunakan. Google turut kerap menegmaskini aplikasi ini – sebelum ini mod motosikal telah diperkenalkan untuk pengguna di Malaysia.

 

Kini, apabila anda berkongsi lokasi melalui Google Maps – rakan anda boleh melihat status bateri peranti anda. Sebab apa Google mengimplementasi ciri ini tidak pasti. Tetapi bagi saya, ini adalah satu ciri yang memudahkan. Jika bateri peranti anda lemah dan rakan anda yang baik hati sedar, mereka mungkin boleh tawarkan power bank untuk anda.

Fungsi ini berada dalam aplikasi Google Maps versi tekini untuk Android dan juga iOS. Buat masa ini, ujian hanya berjaya dilakukan jika perkongsian lokasi adalah daripada Android ke iOS. Dari iOS ke Android masih belum boleh dilakukan.

Anda bagaimana, adakah ini sesuatu ciri yang berguna?


TIPS & ULASAN