TM Kini Memerlukan Anda Memberi Notis 30 Hari Sebelum Membatalkan Perkhidmatan Unifi Anda
Aman
Telekom Malaysia kini dilihat telah mengemaskini polisi pembatalan perkhidmatan mereka. Melalui notis yang telah mula dipaparkan pada laman web utama Unifi bermula hari ini, Telekom Malaysia menyatakan pengguna yang ingin membatalkan perkhidmatan anda perlu memberikan notis 30 hari sebelum pembatalan berkenaan.

Telekom Malaysia mengatakan notis berkenaan boleh diberikan melalui beberapa saluran – termasuk pada laman Unifi, pada sokongan Unifi Chat, melalui laman Facebook, melalui akaun Twitter, atau dengan menghantar emel ke [email protected].
TM turut mengatakan selepas notis 30 hari berkenaan, pengguna seterusnya boleh ke TMpoint berdekatan untuk meneruskan pembatalan perkhidmatan anda.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.