Acer Swift 7 Dan Switch 7 Black Edition Kini Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Harga Bermula RM6399

Acer Swift 7 Dan Switch 7 Black Edition Kini Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Harga Bermula RM6399

Diterbitkan pada Ogos 3, 2018 oleh .

Jika anda bukan peminat komputer riba untuk permainan video, Acer turut melancarkan dua komputer riba premium untuk kegunaan kerja hari ini iaiatu Acer Swift 7 dan Switch 7 Black Edition. Swift 7 ialah komputer riba dengan rekaan nipis manakala Switch 7 Black Edition pula ialah tablet Windows 10 yang berkuasa lengkap dengan tongkat terbina.

Acer Swift 7Acer Swift 7 ialah komputer riba dengan sokongan 4G LTE ternipis dunia dengan ketebalan hanya 8.99mm. Ia dilengkapi skrin 14″ IPS LCD FHD, dijana pemproses Intel Core i7-7Y75, memori sebesar 8GB LPDDR3, storan 256GB PCIe SSD dan bateri sebesar 35.2 Wh. Ini menurut Acer memberikan tempoh penggunaan sehingga 10 jam.

Terdapat slot untuk SIM bersaiz nano dan pengimbas cap jari. Sungguhpun mempunyai tubuh yang nipis, ia masih mempunyai papan kekunci chicklet dengan sokongan lampu dan pad sesentuh. Pilihan I/O pula terhad kepada dua USB-C dan satu bicu audio 3.5mm. Berat keseluruhan Acer Swift 7 pula ialah 1.2 kilogram sahaja.

Acer Switch 7 Black Edition

Seterusnya ialah Acer Switch 7 Black Edition yang merupakan sebuah komputer tablet berkuasa tinggi yang dilengkapi stylus terbina. Ia mempunyai skrin 13.5″ QHD, dijana pemproses Intel Core i7-855oU, kad grafik Nvidia Geforce MX150 2GB, memori 16GB LPDDR3, storan 512 GB SATA dan bateri 4870 mAh. Ini memberikan tempoh operasi sehingga 8 jam.

Stylus terbina menggunakan teknologi Wacom yang tidak perlu dicas. Keunikan Switch 7 ialah sistem penyejukan cecair LiquidLoop nirkipas yang memastikan operasi yang senyap. Tongkat yang digunakan boleh dibuka sehingga 165 darjah mengikut keselesaan menaip pengguna.

Di Malaysia Acer Swift 7 dijual pada harga RM6399 manakala Acer Switch 7 Black Edition pula dijual pada harga RM6999 sebuah.


TIPS & ULASAN