Kita Mungkin Dapat Melihat Kelas Aliran Teknologi Di Sekolah Tidak Lama Lagi

Kita Mungkin Dapat Melihat Kelas Aliran Teknologi Di Sekolah Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Ogos 3, 2018 oleh .

Pada hari ini, selepas selesai ujian PT3, para pelajar boleh memilih aliran yang ingin dipelajari pada tingkatan empat, sama ada sains, perdagangan, seni atau vokasional. Terkini, dengan dunia digital yang semakin berkembang pesat, Menteri Komunikasi dan Multimedia mencadangkan yang mana mungkin aliran teknologi turut boleh ditambah sebagai pilihan kepada pelajar.

Dengan langkah ini, ia membolehkan para pelajar terdedah kepada pembelajaran mengenai teknologi seawal yang mungkin. Memandangkan pada masa kini, dunia berhubung memfokuskan peranti berhubung, pembelajaran mesin dan sebagainya kian menjadi fokus, dengan mempunyai aliran teknologi di sekolah, secara tidak langsung akan membolehkan bakat pelajar dibangunkan seawal yang mungkin.

Melalui TheStar, Menteri Komunikasi dan Multimedia turut mengatakan yang mana ia turut akan mempertingkatkan pengetahuan asas serta menguasakan lagi kadar kreativiti para pelajar.

Apa pun, seperti biasa perkara ini akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan – selain mempunyai kelas aliran teknologi mungkin memerlukan latihan tambahan terlebih dahulu.


TIPS & ULASAN