Cari @ Amanz

Perkakasan komputer adalah produk yang kerap membuatkan kami berfikir beberapa kali sebelum melakukan pembelian. Ia hanya akan dibeli sekiranya dalam situasi kecemasan sahaja atau ditawarkan pada harga runtuh. Pada 4-5 Ogos ini, Acer Day akan menawarkan pelbagai perkakasan pada harga yang menarik. Jualan ini akan diadakan di Centre Court, Mid Valley dari jam 10 hingga 12 jam pada tarikh tersebut.

Antara penawaran menarik ialah komputer riba Aspire 3 ditawarkan pada harga RM899 yang merupakan potongan dari harga asal RM1319. AIO Aspire AC20720 juga ditawarkan pada harga RM999 turun dari harga asal RM1409.

Bagi yang mencari monitor pula, monitor KG271 sebesar 27″ ditawarkan pada harga RM499 sebuah dari harga asal RM719. Monitor SA240Y sebesar 23.8″ pula dijual pada harga RM299 sahaja turun dari harga asal RM 409.

Terdapat banyak lagi produk pada harga menarik ditawarkan di Acer Day 2018. Pelanggan hanya dibenarkan membeli satu unit sahaja ketika tempoh promosi.

Pada waktu yang sama, Acer menawarkan pelbagai hadiah percuma dengan setiap pembelian peranti di dalam julat harga tertentu sehingga 30 September ini. Senarai lengkap penawaran adalah seperti di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd