Antaramuka Aplikasi iFlix Dikemaskini Untuk Kelihatan Lebih Ceria Dan Tab Untuk Siaran Langsung

Antaramuka Aplikasi iFlix Dikemaskini Untuk Kelihatan Lebih Ceria Dan Tab Untuk Siaran Langsung

Diterbitkan pada Ogos 3, 2018 oleh .

Julai lalu iFlix mula menawarkan kandungan percuma dengan sokongan iklan. Aplikasi iFlix kini telah diberikan nafas baru minggu ini untuk kelihatan cerita dan memudahkan pengguna mencari strim siaran langsung perlawanan bola sepak.

Perubahan paling ketara ialah latar belakang kini berwarna putih. Sebelum ini ia berwarna hitam. Ini membuatkan aplikasi kelihatan lebih ceria. Seterusnya ialah terdapat talam navigasi pada bahagian bawah dengan lima pilihan iaitu Home, Feed, Live, Kids dan Menu.

Menu baru Feed akan menunjukkan kandungan yang dirasakan relevan kepada pengguna. Live pula menunjukkan pilihan penstriman siaran langsung yang boleh ditonton. Untuk menikmati antaramuka baru ini, sila kemaskini aplikasi iFlix ke versi terkini.


TIPS & ULASAN