Cari @ Amanz

Kedai serbaneka 7-Eleven sedia menawarkan sejumlah kad prabayar untuk perkhidmatan digital, termasuk untuk Spotify, PlayStation Plus, iFlix dan sebagainya. Terkini, mereka turut dilihat telah menambah penawaran kad prabayar Netflix untuk para pengguna tempatan.

Kad prabayar Netflix ini ditawarkan dalam dua dominasi berbeza, iaitu untuk RM50 dan juga RM100. Pengguna akan diberikan dengan kod khas melalui pembelian kad prabayar ini, yang mana boleh ditebus melalui laman rasmi Netflix.

Netflix

Dengan penawaran kad prabayar ini, ia sekaligus membolehkan lebih ramai pengguna melanggan perkhidmatan penstriman video Netflix tanpa perlu risau mempunyai kad kredit ataupun sebaliknya.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, boleh menyemak 7-Eleven terdekat anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd