Cari @ Amanz

Desas-desus mengenai Fortnite untuk Android telah kedengaran sejak kebelakangan ini, dikatakan ia akan ditawarkan secara eksklusif masa terhad untuk Galaxy Note 9, selain turut diperkatakan mungkin tidak hadir pada Google Play Store.

Kini, bercakap mengenainya, CEO Epic Games mengesahkan yang mana mereka akan menawarkan ia dalam bentuk muat-turun terus daripada laman Epic Games dan bukannya melalui Google Play Store.

Fortnite Battle Royale

Langkah ini diambil dalam usaha untuk berkomunikasi terus kepada pemain, dan bukannya melalui platform pihak ketiga. Ia juga membolehkan Epic Games menjana pendapatan melalui pembelian dalam-permainan terus tanpa perlu berkongsi pendapatan dengan Google.

CEO Epic Games turut mengatakan yang mana kebiasaan studio permainan terpaksa menanggung kos pembangunan, pemasaran dan sebagainya – tetapi platform seperti Apple App Store dan Google Play Store mengambil pendapatan sebanyak 30%.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi sama ada Epic Games akan menawarkan ia dalam bentuk APK terus, atau dalam bentuk sebuah Launcher seumpama pada PC.

Apa pun, dengan perkongsian lanjut ini, ia sekaligus memberikan petanda yang mana permainan Fortnite di Android ini akan datang tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd