Unifi Mobile Mengehadkan Penggunaan Pelan Tanpa-Had Kepada Hanya 5GB Untuk Telefon Tanpa LTE

Unifi Mobile Mengehadkan Penggunaan Pelan Tanpa-Had Kepada Hanya 5GB Untuk Telefon Tanpa LTE

Diterbitkan pada Ogos 4, 2018 oleh .

Unifi Mobile merupakan salah satu perkhidmatan telekomunikasi mudah-alih yang turut hadir dengan pilihan pelan tanpa had untuk panggilan dan telekomunikasi. Walaubagaimanapun, melalui kemaskini polisi terbaru, Telekom Malaysia mengubah terma ia dan mengehadkan penggunaan data untuk peranti tanpa sokongan rangkaian LTE.

Untuk makluman, Unifi Mobile menggunakan rangkaian 4G dibawah gelombang LTE Band 5 (850Mhz), dan memerlukan peranti yang menyokong gelombang berkenaan bagi menikmati pelan tanpa-had ini. Sekiranya telefon anda menyokong LTE, tetapi tanpa sokongan Band 5 ini, ia masih tertakluk dibawah peranti tanpa sokongan LTE dan akan dihadkan dibawah terma baru ini.

Unifi

Dengan had baru ini, pengguna dihadkan kepada hanya 5GB data internet, selain pada masa yang sama turut dihadkan kepada penggunaan 2000 minit panggilan.

Untuk makluman, Unifi Mobile mempunyai perjanjian telekomunikasi bersama Celcom untuk pengguna rangkaian bukan LTE – dan mungkin perubahan ini untuk lebih menjimatkan kos operasi pihak Telekom Malaysia.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada perubahan ini turut tertakluk untuk kawasan tanpa sokongan rangkaian LTE daripada Unifi Mobile ataupun sebaliknya.

Baca : Terma Baru Unifi Mobile (PDF)


TIPS & ULASAN