Kaca tahan lasak Gorilla Glass 6 diumumkan oleh Corning pada bulan Julai yang lalu. Ia lebih tahan lasak berbanding versi terdahulu dan tidak mengalami kerosakan walaupun terjatuh dari ketinggian 1 meter sebanyak 15 kali. Dengan kos menggantikan skrin yang semakin meningkat, penggunaan kaca seperti ini akan memberikan sedikit kelegaan kepada pengguna.
Corning telah mengesahkan Oppo akan jadi pengeluar pertama menggunakan Gorilla Glass 6 pada peranti yang akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. Ini besar kemungkinan adalah Oppo R17 atau Oppo F9 yang telah disahkan akan dilancarkan bulan ini. Kedua-dua peranti menggunakan rekaan nirbingkai dengan luas permukaan skrin hadapan yang besar dan kaca tahan lasak adalah sesuatu yang amat perlu.