Carian
iPhone 2018 Dengan Dwi-SIM Mungkin Hanya Dipasarkan Di China
August 4, 2018 Effi Saharudin

iOS 12 Beta 5 yang diberikan pada akhir Julai lalu mengesahkan akan terdapat sokongan dwi-SIM pada iPhone. Ini pastinya menggembirakan pengguna iPhone yang mahukan kebebasan menggunakan dua SIM berbeza di dalam sebuah peranti. Laporan terkini dari Economic Daily Times mungkin akan mengecewakan mereka yang menantikan fungsi ini kerana sokongan dw-SIM dikatakan hanya akan hadir pada peranti yang dipasarkan di China.

Pada waktu yang sama hanya iPhone 6.1″ LCD sahaja akan menerimanya. Peranti dwi-SIM amat popular di China kerana tabiat pengguna yang menggunakan satu SIM untuk panggilan telefon dan satu lagi untuk data internet. Ada syarikat yang menawarkan panggilan pada kadar murah tetapi data yang mahal dan sebaliknya. Oleh itu dwi-SIM dapat memberikan kebebasan pengguna memilih tanpa perlu bertukar-tukar SIM mengikut situasi penggunaan.

Komen