Oppo Find X Edisi Lamborghini Dijual Di China Minggu Hadapan Pada Harga Hampir RM6000 Sebuah

Oppo Find X Edisi Lamborghini Dijual Di China Minggu Hadapan Pada Harga Hampir RM6000 Sebuah

Diterbitkan pada Ogos 4, 2018 oleh .

Tahun ini ialah tahun yang penuh dengan dengan teknologi baharu. Oppo Find X yang dilancarkan Jun lalu menggunakan sistem kamera melungsur seperti periskop apabila ingin digunakan bagi mengelakkan kerosakan lensa. Oppo Find X Lamborghini Edition pula adalah edisi terhad yang mempunyai penjenamaan syarikat kereta lumba ternama Itali dengan sistem pengecasan pantas SuperVooc.

Selepas hampir dua bulan, Oppo Find X Lamborghini Edition akan akhirnya mula dijual di China pada 10 Ogos. Setiap peranti edisi khas ini dijual pada harga RMB 9999 (~RM 5977) sebuah. Harga jualan ini adalah lebih rendah berbanding 1699 Euro (~RM 8033) yang diumumkan untuk pasaran Eropah. Oppo Malaysia mempunyai perancangan membawa masuk peranti ini ke pasaran tempatan. Kami hanya boleh berharap harga jualannya akan lebih menghampiri harga di China dan bukannya Eropah.


TIPS & ULASAN