Huawei Nova 3 Dan Nokia 8 Antara Sepuluh Peranti Yang Menerima Sokongan Google AR Core

Huawei Nova 3 Dan Nokia 8 Antara Sepuluh Peranti Yang Menerima Sokongan Google AR Core

Diterbitkan pada Ogos 4, 2018 oleh .

Terdapat berbilion peranti Android di pasaran tetapi tidak semuanya mempunyai kemampuan yang sama. Sebagai contoh sistem peranti gabungan AR Core hanya disokong sebilangan kecil telefon pintar di pasaran. Senarai ini semakin panjang selepas 10 lagi peranti baharu disokong secara rasmi.

Senarai sepuluh peranti tersebut adalah seperti di bawah tetapi menarik melihat akhirnya Nokia 8 disokong selepas hampir setahun dilancarkan. Turut menerima sokongan ialah Nova 3 dan Moto Z3. AR Core ini disokong pada 44 peranti Android. Adakah peranti anda termasuk di dalam senarai ini?

  1. Huawei Honor 10
  2. Huawei Nova 3
  3. Huawei Nova 3i
  4. Moto X4
  5. Moto Z3
  6. Nokia 8
  7. Samsung Galaxy A6 (2018)
  8. Vivo NEX A
  9. Vivo NEX S
  10. Xiaomi Mi 8 SE

TIPS & ULASAN