Perkhidmatan Penstriman Disney Mungkin Tidak Boleh Menawarkan Filem Star Wars

Perkhidmatan Penstriman Disney Mungkin Tidak Boleh Menawarkan Filem Star Wars

Diterbitkan pada Ogos 5, 2018 oleh .

Disney sedang bersedia untuk melancarkan platform penstriman video mereka sendiri  pada tahun 2019. Syarikat hiburan gergasi ini kini sedang dalam proses mengambil alih Fox supaya dapat mengambil hak filem-filem yang pernah diterbitkan studio tersebut. Tetapi ironi paling besar ialah filem-filem Star Wars mungkin tidak boleh distrim menerusi perkhidmatan Disney kerana tiadanya hak penayangan.

Disney telah memberikan hak tayangan Star Wars di Amerika Syarikat kepada Turner Broadcasting System (TBS) beberapa tahun yang lalu. Kontrak ini hanya akan berakhir pada tahun 2024. Disney dilaporkan sedang berbincang dengan TBS untuk membeli semula hak penyiaran tetapi ditolak oleh syarikat tersebut. Sekiranya gagal pastinya canggung Star Wars tidak ditawarkan pada platform penstriman yang ditawarkan oleh studio yang memegang hak filem-filem ini.

Di Malaysia Star Wars boleh distrim menerusi Netflix dan iFlix pada awal tahun ini sebelum hak penyiaran luput beberapa bulan yang lalu.


TIPS & ULASAN