Tim Cook – Penilaian $1 Trilion Apple Bukanlah Ukuran Kejayaan Paling Penting

Tim Cook – Penilaian $1 Trilion Apple Bukanlah Ukuran Kejayaan Paling Penting

Diterbitkan pada Ogos 5, 2018 oleh .

Minggu lalu Apple mencatatkan sejarah sebagai syarikat pertama mencapai penilaian $1 Trilion. Sungguhpun begitu Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook berjaya ia bukanlah ukuran kejayaan yang paling penting. Beliau dipetik berkata demikian di dalam memo dalaman kepada kakitangan Apple semalam.

Menurut beliau kejayaan ini ditempa berkat inovasi serta Apple yang meletakkan produk dan pelanggan terlebih dahulu. Beliau mengucapkan terima kasih kepada kakitangan yang bekerja keras untuk menghasilkan produk yang terbaik. Penghargaan juga diberikan kepada pelanggan, pembekal, pembangun aplikasi dan rakan perniagaan.

Apa yang dilakukan oleh Apple ini sebenarnya amat menakjubkan. Pada tahun 1997 ia mengalami masalah kewangan yang serius hampir diisytiharkan bankrap. Steve Jobs kembali ke Apple untuk menyelamatkan syarikat yang diasaskan beliau dan selepas itu ia tidak lagi menoleh ke belakang. Langkah pertama dilakukan oleh Jobs ialah mengurangkan jumlah produk yang dihasilkan sebanyak 70%. Falsafah kualiti diutamakan berbanding kuantiti ini masih lagi dipegang oleh Apple walaupun Jobs meninggal dunia tujuh tahun yang lalu.


TIPS & ULASAN