Carian
Sokongan Perkongsian Twitter Ke Facebook Secara Automatik Kini Tidak Lagi Berfungsi
August 5, 2018 Aman

Bagi pengguna Twitter, anda mungkin sedia maklum yang mana sebelum ini anda boleh menghubungkan akaun Facebook anda ke akaun Twitter – sekaligus membuatkan pelbagai perkongsian Tweet dan ReTweet diterbitkan terus secara automatik ke profil Facebook anda.

Sokongan berkenaan telah diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lepas. Tetapi, kini ia dilihat sokongan berkenaan telah pun dihentikan.

Melalui perkongsian pihak Twitter, mereka mengatakan perubahan ini adalah disebabkan oleh kemaskini baru pada Facebook yang tidak lagi menyokong perkongsian secara automatik dari Twitter ke Facebook.

Perubahan ini hadir sejak 1 Ogos 2018 ini, dimana Facebook kini meminta pembangun web menggunakan sokongan Facebook Share untuk perkongsian dan bukannya perkongsian secara automatik seperti sebelumnya.

Pihak Facebook sendiri dilihat telah mula mengatasi masalah penggunaan API mereka, dan menyekat pelbagai aplikasi daripada perkongsian terus ke platform mereka. Langkah ini telah mula diambil oleh gergasi laman sosial berkenaan sejak skandal Facebook dilaporkan beberapa bulan lepas yang menyalahguna API Facebook untuk mengumpulkan data.

Bagi anda yang menggunakan perkongsian automatik dari Twitter ke Facebook, kini mungkin perlu membuatnya secara manual ke profil Facebook anda.

Komen