Cari @ Amanz

Honor sebelum ini telah memperkenalkan sokongan GPU Turbo bersama-sama Honor Play, selain turut menjanjikan penawaran ciri sama untuk peranti mereka yang lain. Lanjutan daripadanya, hari ini Honor telah mula menawarkan kemaskini perisian bersama sokongan GPU Turbo untuk pengguna peranti Honor 10.

Honor 10 GPU Turbo

Melalui sokongan GPU Turbo ini, ia meningkatkan lagi sokongan grafik untuk permainan, selain pada masa yang sama menjimatkan penggunaan bateri.

GPU Turbo buat masa ini menyokong dua permainan mudah-alih, iaitu Mobile Legends dan juga PUBG Mobile. Sokongan untuk permainan lain dijangka ditambah secara berperingkat padanya.

Bagi anda yang menggunakan Honor 10, boleh menyemak kemaskini perisian, dan menaik-taraf peranti anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd