Google Pixel 3 Mungkin Dilancarkan Pada 4 Oktober 2018

Google Pixel 3 Mungkin Dilancarkan Pada 4 Oktober 2018

Diterbitkan pada Ogos 6, 2018 oleh .

Google sedia mempunyai penawaran telefon pintar mereka tersendiri dibawah keluarga Pixel. Pada tahun ini, generasi ketiga telefon pintar berkenaan dijangka diperkenalkan, yang mana mungkin dikenali dengan nama Pixel 3.

Google sering memperkenalkan telefon pintar Pixel terkini selepas pelancaran versi penuh Android terbaru. Terkini, desas-desus terbaru hadir melalui info tertiris pada laman Famebit milik Google, memperlihatkan Pixel 3 bakal dilancarkan pada 4 Oktober kelak.

Untuk makluman, Famebit merupakan laman yang disediakan oleh Google melalui YouTube untuk penerbit video menjana pendapatan tambahan dengan mengambil sejumlah kempen khusus. Melalui laman berkenaan, kempen untuk Pixel 3 telah pun disenaraikan, sekaligus memperlihatkan yang mana ia bakal dilancarkan pada 4 Oktober kelak.

Seperti biasa, ini mungkin sekadar laman ujian juga, atau mungkin bukan pengiklanan daripada pihak Google sendiri. Apa pun, tidak mustahil untuk melihat Google melancarkan Pixel 3 pada minggu pertama Oktober berkenaan – apatah lagi mengikut sejarah pelancaran peranti mereka sebelum ini.


TIPS & ULASAN