Minggu lepas BlackBerry Evolve dan Evolve X telah dilancarkan secara eksklusif di India. Peranti BlackBerry ini dijana dengan Snapdragon 450 dan Snapdragon 660, menggunakan skrin 5.99-inci LTPS LCD, bateri sebesar 4000mAh, dan juga sokongan pengecasan nirwayar. Kini, melalui saluran YouTube rasmi BlackBerry India – mereka memperlihatkan sebuah pengecas nirwayar berjenama BlackBerry.
Dari segi rekaan, ia kelihatan sama seperti lakaran yang ditiris oleh Evan Blass pada empat bulan lalu. Cuma, dari video ini – ia tidak kelihatan port pengecasan USB-C.
Disebabkan siri BlackBerry kali ini adalah eksklusif di India oleh syarikat telekomunikasi Optiemus – ia mungkin tidak akan dijual pada pasaran lain.