Kilang Yang Menghasilkan Cip Untuk iPhone Diserang Virus

Kilang Yang Menghasilkan Cip Untuk iPhone Diserang Virus

Diterbitkan pada Ogos 6, 2018 oleh .

Taiwan Semiconductor Manufacturing Co. (TSMC) adalah kilang yang menghasilkan cip untuk Apple. Terbaru adalah, TSMC sedang menghasilkan cip A12 yang dikatakan bakal digunakan pada iPhone 2018. Kilang mereka baru-baru ini diserang virus – terkesan kepada beberapa mesin dan alatan fabrikasi.

Menurut mereka, ini bukanlah kali pertama diserang virus. Tetapi adalah kali pertama serangan virus ini menyebabkan isu terhadap penghasilan produk-produk (cip).

Walau bagaimanapun, hari ini mereka sudah pun beroperasi seperti biasa. Tetapi, mereka akan kerugian sebanyak 3% daripada jangkaan pendapatan.


TIPS & ULASAN