Cari @ Amanz

Pada minggu lepas Huawei telah mengatasi Apple dalam menjadi pengeluar telefon pintar kedua terbesar di dunia. Kemudian, Huawei berkata mereka ingin menjadi yang pertama pada penghujung tahun 2019. Terbaru adalah, laporan mengatakan pemasaran telefon pintar China meningkat 2.2% tahun-demi-tahun.

Selain itu, laporan turut mengatakan di mana pemasaran telefon China ini adalah 10% secara berturutan mencapai 94.2 Juta unit berjaya dipasarkan. Pencapaian jumlah pemasaran ini juga bukan sahaja dibantu oleh Huawei, tetapi juga oleh Oppo, Vivo dan juga Xiaomi.

Laporan mengatakan, keempat-empat syarikat ini mencapai lebih 10% atau lebih pada suku kedua berbanding suku pertama 2018. Laporan turut menunjukkan jualan iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X merosot secara berturutan. Ini juga turut terjadi kepada model iPhone lama.

Sasaran tahun ini adalah, Apple mungkin akan mencatatkan peningkatan beberapa peratus kerana iPhone 2018. Xiaomi pula dilaporkan akan mencatatkan pemasaran yang mendatar, manakala Huawei, Oppo, Vivo pula dikatakan akan menunjukkan peningkatan satu sehingga dua digit peratusan naik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd