Sony Xperia XZ2 Premium Berharga RM3499 Di Malaysia

Sony Xperia XZ2 Premium Berharga RM3499 Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 6, 2018 oleh .

Sony Mobile Malaysia kini telah pun mula menawarkan telefon pintar berkuasa tinggi terbaru mereka, iaitu Xperia XZ2 Premium. Telefon pintar ini boleh didapati pada harga RM3499 melalui para pengedar rasmi Sony seluruh negara.

Xperia XZ2 Premium merupakan salah satu telefon pintar mercu daripada Sony untuk tahun 2018 ini. Ia hadir dengan skrin 5.8-inci bersama sokongan panel paparan 4K HDR, dilengkapi cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM, dan storan 64GB. Ia juga turut hadir dengan bateri berkapasiti 3450mAh yang menyokong pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 3.0.

Telefon pintar ini turut dilengkapi dwi-kamera belakang 19-megapixel dengan sokongan rakaman gerak perlahan 960FPS, selain kamera swafoto 13-megapixel.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini hari ini pada harga RM3499 di Malaysia. Untuk promosi masa terhad, Sony turut menawarkan Wireless Noise Cancelling Headphones, selain kerangka pelindung secara percuma untuk pembelian telefon pintar ini.


TIPS & ULASAN