AmBank Bekerjasama Dengan Digi Untuk Penyelesaian Transaksi Nirtunai

AmBank Bekerjasama Dengan Digi Untuk Penyelesaian Transaksi Nirtunai

Diterbitkan pada Ogos 6, 2018 oleh .

Lanjutan daripada laporan sebelum ini, hari ini AmBank dan Digi mengumumkan kerjasama untuk penyelesaian transaksi nirtunai. Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan menggunakan kelebihan masing-masing dalam terus memperluaskan transaksi nirtunai dikalangan para pelanggan mereka.

Melalui kerjasama ini, AmBank akan mengaktifkan sokongan menerima pembayaran vCash QR melalui terminal POS yang digunakan para penjual yang berdaftar dengan AmBank. Ini sekaligus memudahkan pengguna berdaftar dengan vCash untuk menggunakan dompet digital berkenaan dan membayar di kedai-kedai yang menggunakan terminal POS daripada AmBank.

AmBank Digi vCash

Disamping itu, untuk pihak Digi pula, mereka akan turut mendaftarkan para pekedai dan penjual dibawah program Master Merchant daripada AmBank. Ini sekaligus akan meningkatkan para penjual dibawah AmBank, selain pada masa yang sama meningkatkan penerimaan pembayaran melalui vCash.

Nampaknya, dengan ini AmBank akan bekerjasama dengan Digi melalui vCash untuk transaksi nirtunai – dan bukannya hadir dengan dompet digital mereka tersendiri seperti dilaporkan sebelum ini.


TIPS & ULASAN