Intel Bakal Melancarkan Beberapa CPU Generasi Kesembilan Whiskey Lake Pada Bulan Oktober 2018

Intel Bakal Melancarkan Beberapa CPU Generasi Kesembilan Whiskey Lake Pada Bulan Oktober 2018

Diterbitkan pada Ogos 6, 2018 oleh .

Beberapa minggu dahulu, kami melaporkan bahawa CPU Intel generasi kesembilan, yang diberikan kod nama Whiskey Lake bakal dilancarkan tidak lama lagi, dengan siri CPU Intel Core i9 baru yang bakal menjadi sebuah model CPU arus utama.

Daripada sebuah dokumen yang diperlihatkan melalui laman web teknologi HKEPC, Intel nampaknya bakal membuat pengumuman rasmi mengenai CPU-CPU tersebut pada 14 Ogos kelak, dan kehadiran CPU-CPU ini di kedai-kedai dikatakan akan tiba menjelang bulan Oktober kelak.

 

Apa yang menarik di sini ialah CPU Whiskey Lake ini sepatutnya hanya diumumkan dan dipasarkan bermula suku pertama 2019, tetapi oleh kerana CPU AMD Ryzen+ yang hadir dengan prestasi yang ditambah baik, Intel dilihat terpaksa mengumumkan beberapa CPU dahulu untuk menyekat penjualan CPU AMD.

CPU-CPU yang akan mula dijual di pasaran pada bulan Oktober kelak termasuklah Intel Core i9-9900K, Core i7-9700K, dan Core i5-9600K, semuanya CPU Intel yang boleh dilewahjam, untuk dipadankan bersama-sama dengan papan induk siri Z390 yang terbaru, walaupun CPU-CPU ini hadir dengan sokongan untuk papan induk siri Z370 Coffee Lake-S.

Menurut Intel lagi, CPU-CPU Whiskey Lake yang lain bakal dilancarkan pada suku pertama 2019.


TIPS & ULASAN