Wiko Jerry3 Dengan Android Go Kini Di Malaysia – Berharga RM269

Wiko Jerry3 Dengan Android Go Kini Di Malaysia – Berharga RM269

Diterbitkan pada Ogos 6, 2018 oleh .

Wiko Malaysia hari ini telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Wiko Jerry3.

Wiko Jerry3 hadir dengan skrin bersaiz 5.45-inci IPS, dilengkapi cip empat-teras 1.3Ghz, memori 1GB RAM, dan storan bersaiz 16GB. Ia turut hadir menggunakan kamera belakang 5-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Melengkapkan ia adalah bateri berkapasiti 2500mAh.

Wiko Jerry3

Menariknya mengenai telefon pintar ini adalah ia hadir dengan sistem operasi Android Go, yang mana turut dioptimasikan dengan sejumlah aplikasi khusus yang beroperasi secara luar-talian dan tidak menggunakan storan yang tinggi.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar Wiko Jerry3 ini pada harga RM269 di Malaysia.


TIPS & ULASAN