SoC AMD Fenghuang Diperlihatkan Di Dalam Konsol Permainan Video Buatan China
AMD

SoC AMD Fenghuang Diperlihatkan Di Dalam Konsol Permainan Video Buatan China

Diterbitkan pada Ogos 6, 2018 oleh .

AMD terkenal untuk pelbagai pilihan CPU mereka yang digunakan bukan sahaja di dalam komputer dan laptop, malah di dalam konsol-konsol permainan juga. Diantaranya ialah konsol permainan video Sony PlayStation 4, Microsoft Xbox One dan juga Nintendo Wii U.

Baru-baru ini, syarikat tersebut dikatakan bakal menguasakan sebuah konsol permainan video sebuah syarikat perkakasan elektronik dari China yang dinamakan Zhongshan Subor. AMD akan menggunakan SoC (System on a Chip) yang dibina khusus untuk konsol tersebut menggunakan gabungan CPU AMD Ryzen dan juga cip grafik Vega.

SoC tersebut dinamakan Fenghuang, dan ia dikatakan hadir dengan empat teras fizikal AMD Ryzen, 18 bebenang kuasa, dan digabungkan bersama-sama dengan 24 unit perkomputeran Vega yang dilengkapi 8GB memori GDDR5 untuk pemproses grafik tersebut.

Cip pemprosesan tersebut dikatakan bukan sahaja akan menguasakan konsol permainan dari Zhongshan Subor, tetapi juga komputer gaming mereka, yang ditunjukkan di acara China Joy baru-baru ini. SOC tersebut juga hadir dengan sokongan untuk ciri-ciri seperti AMD FreeSync, Radeon Software dan Rapid Packed Math.

Komputer gaming Zhongshan Subor yang dikuasakan oleh SoC Fenghuang ini dikatakan akan hadir di pasaran China pada bulan Ogos, manakala versi konsol permainan pula akan mula dijual pada penghujung tahun 2018.


TIPS & ULASAN