Carian
TM Kini Menyediakan Aplikasi Khusus Untuk Menguruskan Bil Unifi, Dan Mendapatkan Khidmat Bantuan
August 6, 2018 Aman

Telekom Malaysia sebelum ini telah hadir dengan beberapa aplikasi untuk pelanggan Unifi, dan terkini mereka turut hadir dengan sebuah aplikasi baru yang dinamakan care@unifi.

Melalui aplikasi baru ini, ia membolehkan pengguna berhubung dengan khidmat bantuan TM secara terus melalui Live Chat dan mendapatkan bantuan mengenai perkhidmatan atau melakukan aduan menggunakannya.

Selain daripada itu, pengguna juga turut boleh menyemak bil bulanan mereka, termasuk memuat-turun bil-bil bulanan yang lepas dalam bentuk PDF – selain pada masa yang sama membuat pembayaran terus melalui aplikasi ini.

Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan Unifi, boleh memuat-turun aplikasi ini untuk peranti Android dan iPhone hari ini.

Komen