Siri Papan Induk ASRock B450 Hadir Di Pasaran Malaysia – Bermula Dari RM339
AMD

Siri Papan Induk ASRock B450 Hadir Di Pasaran Malaysia – Bermula Dari RM339

Diterbitkan pada Ogos 6, 2018 oleh .

AMD baru-baru ini memperkenalkan siri papan induk B450 terbaru mereka, iaitu siri papan induk bagi mereka yang ingin membina komputer pada harga mampu milik.

Terkini, ASRock akhirnya mengumumkan kehadiran papan-papan induk mereka untuk pasaran Malaysia, dan pengguna mempunyai beberapa pilihan menarik untuk membina komputer bersaiz besar dan juga kecil.

Papan-papan induk yang diperlihatkan oleh ASRock untuk pasaran Malaysia termasuklah ASRock B450 Gaming K4, ASRock B450 Pro4 dan ASRock B450M Pro4.

Papan induk B450 Gaming K4 dan B450 Pro4 adalah papan induk ATX yang hadir dengan sokongan untuk komputer bersaiz besar yang hadir dengan ciri-ciri seperti CrossFireX, StoreMI, dan juga sokongan untuk USB 3.1 Type C.

Papan induk ASRock B450M Pro4 pula ialah papan induk micro-ATX yang digunakan untuk membina komputer yang kecil. Ia juga hadir dengan beberapa ciri-ciri yang hadir pada papan induk bersaiz lebih besar daripadanya.

Menurut ASRock Malaysia, ketiga-tiga papan induk ini akan tiba di pasaran Malaysia bermula hari esok pada harga mampu milik berikut:

  • ASRock B450 Gaming K4 – RM439
  • ASRock B450 Pro4 – RM399
  • ASRock B450M Pro4 – RM339

TIPS & ULASAN