Oppo F9 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 16 Ogos

Oppo F9 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 16 Ogos

Diterbitkan pada Ogos 6, 2018 oleh .

Oppo telah hadir dengan beberapa gambar acah sebelum ini untuk telefon pintar terbaru, Oppo F9. Kini, mengesahkannya untuk pelancaran di Malaysia, Oppo Malaysia mengatakan ia bakal dilancarkan secara rasminya pada 16 Ogos ini.

Oppo F9 dilihat bakal hadir dengan rekaan takuk yang kecil berbentuk bulat – seumpama pada telefon Essentials. Disamping itu, ia juga dilihat membawakan rekaan warna kerangka belakang yang berbentuk campuran, selain penggunaan dwi-kamera dibelakang.

Oppo F9 juga dijangka akan menjadi telefon pertama dibawah siri-F yang menyokong pengecasan pantas VOOC.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai harga jualan dan juga spesifikasi penuh peranti ini tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN