Huawei Nova 3 Ditawarkan Lebih Awal Di Malaysia – Mulai 11 Ogos Ini

Huawei Nova 3 Ditawarkan Lebih Awal Di Malaysia – Mulai 11 Ogos Ini

Diterbitkan pada Ogos 6, 2018 oleh .

Huawei Malaysia sebelum ini telah pun melancarkan dua telefon pintar dibawah siri Nova, iaitu Huawei Nova 3 dan juga Nova 3i. Seperti ramai sedia maklum, Nova 3i telah pun mula dijual sejak minggu lepas, dan kini Huawei Nova 3 juga bakal mula dijual tidak lama lagi.

Huawei Nova 3

Huawei Nova 3

Pada awalnya, Huawei menyasarkan Nova 3 untuk dipasarkan bermula 17 Ogos kelak. Namun, melalui info terkini, ia dilihat boleh didapati di Malaysia bermula 11 Ogos ini.

Huawei Nova 3 hadir dengan skrin 6.3-inci IPS LCD FHD+, dijana cip Kirin 970, memori 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB.

Ia turut dilengkapi dwi-kamera belakang 16+24MP, selain kamera hadapan 24+2MP. Beberapa ciri-ciri menarik turut disertakan, termasuk sokongan seumpama Animoji yang dinamakan 3D Qmoji.

Di Malaysia, Huawei Nova 3 ditawarkan pada harga RM1899.

Huawei Nova 3 KL


TIPS & ULASAN