Razer Phone 2 Diperkatakan Mungkin Hadir Pada Penghujung 2018 Ini

Razer Phone 2 Diperkatakan Mungkin Hadir Pada Penghujung 2018 Ini

Diterbitkan pada Ogos 6, 2018 oleh .

Razer, sebuah jenama yang terkenal dengan penawaran peranti dan aksesori untuk permainan telah mencuri perhatian ramai pada penghujung tahun lepas melalui pengenalan Razer Phone. Ia ketika itu diposisikan memfokuskan peminat permainan video mudah-alih, dan turut hadir dengan skrin yang menyertakan kadar segar semula mencapai 120Hz.

Kini, Razer dilihat telah pun dalam persediaan untuk memperkenalkan telefon pintar generasi kedua memfokuskan peminat permainan video ini.

Dilaporkan dipetik pada acara ChinaJoy 2018, wakil Razer dikatakan telefon pintar Razer baru akan dilancarkan pada penghujung tahun ini di China.

Ia dikatakan bakal hadir dengan cip pemprosesan Qualcomm terkini, dan disasarkan untuk dilancarkan sebelum penghujung 2018 ini. Apakah ciri baru yang akan disertakan masih tidak diketahui lagi, apatah lagi yang mengkhususkan peminat permua.

Seperti biasa, kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai hal ini sekiranya desas-desus terbaru ini berkenaan Razer Phone 2 adalah tepat.


TIPS & ULASAN