Cari @ Amanz

Facebook pada hari ini digunakan secara meluas oleh pengguna, dimana selain digunakan sebagai profil untuk media sosial, ia juga turut digunakan untuk tujuan mencari pekerjaan melalui ciri Facebook Jobs, dan turut ingin menambah sokongan mencari jodoh melaluinya.

Kini, selain daripadanya, Facebook dilaporkan telah mula berbincang dengan beberapa institusi kewangan dan juga bank di Amerika Syarikat untuk memberikan data kewangan supaya ia boleh dihubungkan terus ke platform sosial berkenaan.

Secara kasar, antara informasi yang diminta Facebook daripada bank adalah berkaitan baki akaun, transaksi daripada kad dan beberapa yang lain. Facebook mungkin akan membolehkan pengguna menghubungkan akaun bank mereka ke perkhidmatan sosial berkenaan, dan seterusnya membolehkan pengguna menguruskan kewangan dan melihat perbelanjaan terus melalui perkhidmatan sosial berkenaan.

Buat masa ini, gergasi laman sosial berkenaan masih berbincang dengan pihak bank di Amerika Syarikat sahaja – dan tidak diketahui lagi sama ada hal ini akan diteruskan ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd