Carian
Google Memperkenalkan Nama Akhir Android P – Android 9.0 Pie
August 7, 2018 Aman

Google hari ini telah pun secara rasminya memperkenalkan nama akhir untuk Android P, iaitu Android Pie. Ia akan menggunakan angka versi Android 9.0, dan mula ditawarkan untuk peranti Pixel bermula hari ini.

Selain Pixel, sejumlah peranti Android lain dijangka akan menerimanya dalam tahun ini, termasuk peranti Android One, dan peranti yang melalui ujian Android P Beta seperti Xiaomi Mi Mix 2S, Nokia 7 Plus, Oppo R15 Pro, Vivo X21, OnePlus 6 dan juga Xperia XZ2.

Android 9.0 Pie mengintegrasikan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin dengan lebih mendalam, termasuk untuk mengoptimasikan paparan skrin dan juga penggunaan bateri. Ia juga kini dioptimasikan untuk skrin bertakuk, selain sejumlah ciri baru pada Google Assistant, dan perubahan sedikit rekaan elemen pada bahagian notifikasi.

Android 9.0 Pie

Android 9.0 Pie juga akan mengintegrasikan sokongan kawalan penggunaan peranti, dan membolehkan anda mengawal ketagihan mengakses peranti dan sesuatu aplikasi. Bersama-sama kemaskini ini juga, Google menyertakan sejumlah 157 emoji baru pada sistem operasi ini.

Kita mungkin akan dapat melihat pengumuman penawaran kemaskini oleh para pengeluar peranti lain secara berperingkat bermula bulan-bulan akan datang.

Komen