Cari @ Amanz

Khan Academy merupakan salah satu platform pembelajaran digital yang tidak asing lagi, menyediakan sejumlah topik menarik melaluinya, selain turut menyediakan latihan dan soal-jawab melaluinya. Terkini, selain penawaran biasa, Khan Academy turut telah menawarkan Khan Academy Kids yang memfokuskan kanak-kanak.

Khan Academy Kids

Khan Academy Kids memfokuskan kepada asas pembelajaran, dan turut menyertakan sejumlah penggunaan animasi dan visual dalam menyampaikan sesuatu perkara. Ia memfokuskan kepada kanak-kanak berusia sekitar 2 ke 5 tahun, dan seperti biasa, ditawarkan secara percuma.

Bagi anda yang mempunyai anak kecil, anda boleh memuat-turun Khan Academy Kids untuk Android dan juga iOS, seterusnya membolehkan anak-anak anda belajar pelbagai topik menarik, dan tidak mensia-siakan waktu terluang mereka pada peranti pintar.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd