ASUS TUF FX504G Diberi Nafas Baru – Kini Hadir Dengan Kad Grafik NVIDIA GTX 1060 Bermula Pada Harga RM3999

ASUS TUF FX504G Diberi Nafas Baru – Kini Hadir Dengan Kad Grafik NVIDIA GTX 1060 Bermula Pada Harga RM3999

Diterbitkan pada Ogos 7, 2018 oleh .

ASUS memperkenalkan laptop-laptop gaming baru dibawah jenama The Ultimate Force (TUF), sebuah siri laptop dengan spesifikasi pertengahan dan harga mampu milik beberapa bulan lalu untuk pasaran Malaysia.

Terkini, ASUS dilihat memperkenalkan dua buah model baru dibawah jenama tersebut yang dilengkapi dengan spesifikasi gaming yang cukup berkuasa pada harga yang mampu milik.

 

Laptop-laptop tersebut ialah ASUS TUF FX504G-MEN039T dan juga ASUS TUF FX504G-ME4308T yang dilengkapi dengan CPU Intel generasi kelapan Coffee Lake. Model FX504G-MEN039T dilengkapi dengan CPU Intel Core i7-8750H dan memori DDR4 sebanyak 8GB, manakala model TUF FX504G-ME4308T pula dimuatkan dengan CPU Intel Core i5-8300H dan memori sebanyak 4GB..

Dari segi spesifikasi dalaman yang lain pula, kedua-dua model ini hadir dengan storan SSD 128GB dan cakera keras 1TB, manakala dari segi grafik pula, kedua-dua laptop ini hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 6GB.

 

Kedua-dua laptop ini juga dilengkapi dengan paparan bersaiz 15.6 inci, tetapi hanya model FX504G-MEN039T yang hadir dengan paparan segar semula 120Hz dan sela masa G2G serendah 3ms.

Lebih menakjubkan lagi ialah harga untuk kedua-dua laptop ini. Model ASUS TUF FX504G-MEN039T yang hadir dengan spesifikasi lebih berkuasa boleh dibeli pada harga RM4999, manakala model ASUS TUF FX504G-ME4308T berharga RM3999 sahaja.


TIPS & ULASAN