Lakaran Yang Dikatakan HTC U12 Life Tertiris
HTC

Lakaran Yang Dikatakan HTC U12 Life Tertiris

Diterbitkan pada Ogos 7, 2018 oleh .

Beberapa bulan lepas, HTC dikatakan mungkin akan hadir dengan sebuah peranti bertakuk iaitu – HTC U12 Life. Ia dikatakan mungkin akan dijana dengan Snapdragon 636. Namun hari ini, satu lakaran tertiris memperlihatkan HTC U12 Life tiada takuk.

Dari segi lakaran, ia memperlihatkan rekaan hampir seperti Pixel generasi pertama. Di mana terdapat dua tona bahan/warna pada panel belakang. Kemudian ia turut dilihat menggunakan tetapan kamera seakan iPhone X. Dari segi lakaran ini juga, peranti ini akan menggunakan skrin nisbah memanjang serta dengan rekaan bingkai yang tidak seberapa nipis.

Peranti ini menggunakan nama kod “Imagine Life” dilengkapi skrin 6-inci IPS LCD FHD+, dijana pemproses Snapdragon 636, memori sebesar 4GB, storan sebesar 64GB, kamera belakang 16+5 Megapixel, kamera swafoto 13-Megapixel dan bateri sebesar 3600 mAh.

Bila peranti ini bakal dilancarkan masih tidak tahu. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN