Fossil Melancarkan Jam Tangan Pintar Wear OS Baru – Q Venture HR Dan Q Explorist HR

Fossil Melancarkan Jam Tangan Pintar Wear OS Baru – Q Venture HR Dan Q Explorist HR

Diterbitkan pada Ogos 7, 2018 oleh .

Fossil adalah satu jenama jam tangan premium. Selain daripada jam analog klasik – mereka turut mempunyai jam tangan pintar Wear OS atau juga jam tangan hibrid. Terkini, mereka telah melancarkan Q Venture HR Dan Q Explorist HR – iaitu jam tangan pintar generasi keempat mereka.

Jam tangan pintar Fossil baru ini turut mempunyai NFC, GPS serta perlindungan kalis air. Selain itu, ini juga adalah jam tangan pintar Fossil pertama dengan sokongan Android Pay. Sayang sekali, jam ini masih lagi dijana dengan cip pemproses lama – Snapdragon 2100. Jadi prestasi mungkin adalah hampir sama – cuma sedikit berbeza jika sistem operasi dioptimasi sedikit.

Harga yang ditawarkan oleh Fossil adalah bermula RM1244 sehingga RM1272. Ia akan hadir di pasaran Malaysia dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN