Google Pixel 3 Dan Pixel 3 XL Akan Hanya Menyokong Navigasi Berasaskan Gesture

Google Pixel 3 Dan Pixel 3 XL Akan Hanya Menyokong Navigasi Berasaskan Gesture

Diterbitkan pada Ogos 7, 2018 oleh .

Tiga butang navigasi atas skrin home, back dan multi-tugas sudah digunakan sejak Android Ice Cream Sandwich. Selepas tujuh tahun akhirnya perubahan mendadak pada antaramuka dilakukan pada Android Pie dengan pengenalan sistem navigasi berasaskan gesture. Kemaskini sudah boleh dilakukan semalam pada peranti yang menyokongnya.

Android 9.0 PieKepada peminat sistem navigasi tri-butang tradisional. anda mungkin akan sedikit kecewa dengan Google Pixel 3 kelak. Menurut laporan Android Central yang menemuramah EK Chung yang merupakan pengurus UX di Google, peranti keluaran Google selepas ini hanya akan menyokong antaramuka berasaskan gesture.

Menurut EK Chung, keputusan diambil selepas mengambil maklum balas pengguna. Mereka mendapati butang multi-tugas tidak lagi digunakan dengan kerap. Fungsi menatal ke sisi untuk menukar aplikasi yang digunakan pada Android Pie dikatakan lebih mudah digunakan. Sokongan tiga butang navigasi ini walau bagaimanapun masih diberikan kepada peranti bukan Pixel.

Sebagai pemilik iPhone X yang menggunakan antaramuka yang serupa, harus kami katakan sistem ini adalah lebih mudah digunakan. Kami ada mengatakan di dalam ulasan iPhone X bahawa kami mahu Android meniru antaramuka ini. Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Adakah anda bersedia untuk berubah ke sistem navigasi baharu Android Pie?


TIPS & ULASAN