Honor Play Dilancarkan Di Malaysia – Telefon Pintar Memfokuskan Permua Pada Harga RM1249

Honor Play Dilancarkan Di Malaysia – Telefon Pintar Memfokuskan Permua Pada Harga RM1249

Diterbitkan pada Ogos 7, 2018 oleh .

Honor Malaysia hari ini telah memperkenalkan telefon pintar memfokuskan permua (permainan mudah-alih) mereka tersendiri, dinamakan sebagai Honor Play. Hadir dengan spesifikasi tinggi, telefon pintar ini akan ditawarkan pada harga RM1249 di Malaysia.

Honor Play

Honor Play

Honor Play hadir dengan skrin 6.3-inci dengan rekaan bertakuk, dilengkapi cip pemprosesan Kirin 970, memori 4GB RAM dan storan sebesar 64GB.

Honor menyertakan sistem operasi Android 8.1 Oreo bersama-sama telefon pintar ini, selain antaramuka EMUI 8.2. Bersama-sama sistem operasi ini, Honor Play turut menyertakan sokongan GPU Turbo yang menawarkan pengoptimasian penggunaan grafik untuk permainan mudah-alih. Walaubagaimanapun, buat masa ini, hanya dua permua sahaja yang disokong dibawah GPU Turbo, iaitu PUBG Mobile dan juga Mobile Legends.

Honor Play turut menyertakan sokongan yang dinamakan sebagai 4D Experience yang memberikan pengalaman gegaran yang berbeza mengikut sesuatu permainan.

Honor Play

Honor Play

Telefon pintar ini turut hadir dengan dwi-kamera belakang yang mengabungkan lensa 16MP + 2MP. Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 3750mAh, selain turut hadir dengan sokongan bicu audio 3.5mm.

Di Malaysia, telefon pintar ini akan ditawarkan pada harga RM1249 dan hadir dalam pilihan warna biru dan juga ungu. Ia boleh didapati bermula 10 Ogos ini. Pembeli Honor Play juga akan menerima baucar PUBG Mobile bernilai RM60.

Pra-Tempah : Honor Play di Shopee


TIPS & ULASAN