Cari @ Amanz

Google Chrome sedia terkenal dengan sistem bookmarking mereka yang baik. Pada empat tahun lepas, mereka perkenalkan Google Stars – perkhidmatan bookmarking yang memudahkan. Kemudian, Google perkenalkan pengurus bookmark baru “Bookmark Manager” yang turut mempunyai pemalam khas.

Tetapi disebabkan pengguna kurang gemar dengan pengurus bookmark baru ini, Google turut memberi pilihan kepada pengguna untuk kembali ke bentuk lama. Kini, mengejutkan tanpa sebarang pengumuman rasmi daripada Google – mereka ingin menghentikan pemalam Chrome Bookmark Manager bermula 15 Ogos ini.

Perkara ini baru sahaja saya sedar, apabila sedang mengurus laman-laman web yang saya bookmark. Selepas melayari web dan menerokai forum-forum – saya dapati beberapa pengguna sudah pun alami perkara yang sama bermula Julai lalu.

Apa-apa pun, mari kita tunggu pengumuman dari Google secara rasmi dan lihat jika mereka akan perkenalkan alternatif lain untuk akses Bookmark Manager dengan lebih mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd