Carian
Media Prima Dan YouTube Bekerjasama Untuk Mengukuhkan Kedudukan Dalam Penawaran Video Digital
August 8, 2018 Liyana

Kini, melalui perkhidmatan penstriman video YouTube, Media Prima telah mula mengorak langkah dengan menjalankan kerjasama dalam platform perkhidmatan Player For Publisher. Platform ini secara tidak langsung membuka peluang akses yang lebih besar kepada Media Prima dalam pengewangan dan pemaparan kandungan video dalam talian di YouTube.

Menerusi kerjasama ini, pengikut kandungan digital boleh menggunakan platform dengan menonton video Media Prima pada mutu yang tinggi dimuat naik secara rasmi oleh Rangkaian Televisyen Media Prima, Rangkaian Radio Media Prima, The News Straits Time Press (Malaysia) Berhad beserta Media Prima Digital pada YouTube. Kerjasama ini juga telah memperluaskan landskap kandungan media Malaysia di YouTube dengan menarik lebih ramai lagi inventori untuk para pengiklan bagi mencapai target mereka.

Pelancaran platform di Google Malaysia ini turut dirasmikan oleh Datuk Kamal Khalid – Pengarah Urusan Media Prima Sdn Bhd bersama Sajith Sivanandan – Pengarah Urusan Google Malaysia, Vietnam, Filipina dan Pasaran Baru. Sekitar pelancaran, Datuk Kamal Khalid berpendapat platform ini sebagai titik penyelesaian kepada pemaparan kandungan digital untuk memperluaskan potensi kandungan Media Prima pada sokongan YouTube.

Platform ini juga dapat mengukuhkan lagi kedudukan mereka selaku peneraju kandungan digital yang ketiga tertinggi mempunyai capaian penonton di Malaysia.

Komen