Cari @ Amanz

Samsung sebelum ini sedia hadir dengan Samsung DeX yang membolehkan pengguna menghubungkan telefon pintar ke monitor melalui penggunaan sebuah dermaga khusus. Melaluinya, ia membolehkan pengguna menggunakan peranti dalam mod desktop, sekaligus memudahkan mereka menggunakan telefon pintar bersama monitor sebagai ganti untuk komputer.

Ciri berkenaan diminati ramai, namun ramai tidak menyukai keperluan membeli sebuah dermaga Samsung DeX secara berasingan.

Melalui Galaxy Note 9, Samsung dilihat mungkin mengatasinya.

Samsung Galaxy Note 9 Dex

Daripada gambar yang tertiris hari ini, ia dilihat pengguna boleh menghubungkan Galaxy Note 9 terus ke monitor menggunakan kabel terus ke peranti, tanpa memerlukan sebarang dermaga khusus.

Kaedah perlaksanaan ini bukan sesuatu yang baru, malah telah dilakukan oleh Huawei pada peranti mereka sebelum ini.

Samsung bakal mengadakan acara pelancaran Galaxy Note 9 pada 9 Ogos ini, dimana kita mungkin mendengar lanjut mengenainya ketika itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd