Cari @ Amanz

Palm merupakan salah satu telefon pintar yang popular sekitar lebih sedekad yang lepas, dimana ia hadir dengan sokongan papan kekunci, dan menjalankan webOS. Namun, dengan persaingan sengit dalam arena peranti pintar, Palm dilihat sedikit ketinggalan, dan syarikat berkenaan telah bertukar tangan beberapa kali.

Terakhir sekali, pihak TCL telah mendapatkan hak untuk jenama Palm, dan desas-desus sebelum ini mengatakan Palm bakal melancarkan telefon pintar mereka tersendiri pada tahun ini.

Selari dengannya, kini sebuah telefon pintar Palm menggunakan nombor model PVG100 telah melalui pengesahan WiFi yang menandakan ia akan menjalankan sistem operasi Android 8.1 Oreo.

Disamping itu, ia hanya menerima pengesahan untuk penggunaan gelombang 2.4GHz sahaja, dan bukannya 5GHz – sekaligus memberikan petanda ia mungkin sebuah peranti berspesifikasi pertengahan atau rendah.

Desas-desus sebelum ini mengatakan peranti Palm ini akan diperkenalkan pada tahun ini. Dengan berbaki beberapa bulan lagi, mungkinkah kita akan mendengar lanjut mengenai telefon pintar terbaru daripada Palm?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd