Apple MacBook Pro Baru Kini Boleh Didapati Di Malaysia – Harga Bermula RM7499

Apple MacBook Pro Baru Kini Boleh Didapati Di Malaysia – Harga Bermula RM7499

Diterbitkan pada Ogos 8, 2018 oleh .

Apple Malaysia kini dilihat telah pun mula menawarkan komputer riba terbaru mereka, MacBook Pro. MacBook Pro baru ini telah diperkenalkan pada bulan lepas, dimana ia kini menawarkan kemaskini cip pemprosesan, selain turut hadir dengan beberapa penambahan spesifikasi lain.

MacBook Pro hadir dalam dua variasi, iaitu model 13-inci dan juga 15-inci. Apple mengatakan versi 15-inci menawarkan prestasi lebih 70% berbanding generasi sebelumnya, sementara untuk model 13-inci ia menawarkan prestasi berganda berbanding generasi lepas.

MacBook Pro

Melalui generasi baru ini, selain cip pemprosesan baru dan memori sehingga 32GB RAM, Apple juga kini menyertakan paparan Retina yang dilengkapi sokongan paparan True Tone, selain penggunaan cip Apple T2 untuk penawaran sokongan “Hey Siri” pada Mac dan juga sekuriti yang baik.

Papan kekunci juga turut diberikan nafas baru, dimana kini ia lebih senyap berbanding generasi lepas.

Di Malaysia, MacBook Pro dengan skrin bersaiz 13-inci dan TouchBar ditawarkan pada harga bermula RM7499, sementara model bersaiz 15-inci dengan TouchBar ditawarkan pada harga bermula RM9999.


TIPS & ULASAN