LG boleh dikatakan agak lemah dalam pemasaran telefon pintar mereka. Walaubagaimanapun, perkara ini tidak menghentikan pengeluar peranti berkenaan terus hadir dengan pelbagai variasi peranti baru.
Terkini, LG telah pun melancarkan LG Q8 secara rasminya di Korea Selatan, yang mana hadir dengan sokongan spesifikasi rendah-pertengahan, dan pada masa yang sama turut hadir dengan sokongan stylus untuk input.
Dari segi spesifikasi, LG Q8 menggunakan skrin bersaiz 6.2-inci dengan nisbah skrin 18:9, dijana cip Snapdragon 450, memori 4GB RAM dan storan 64GB. Peranti ini turut hadir dengan sokongan kalis air IP68 bersama-sama dengannya.
Info mengenai penggunaan kamera pada peranti ini masih tidak diketahui. Buat masa ini, ia hanya dilancarkan di Korea Selatan sahaja, dan tidak diketahui sama ada akan dipasarkan pada peringkat global atau sebaliknya.