Pengguna Di China Lebih Gemarkan Google Berbanding Baidu
Artikel Berkaitan

Pengguna Di China Lebih Gemarkan Google Berbanding Baidu

Diterbitkan pada Ogos 8, 2018 oleh .

Baidu adalah Google versi China. Mereka turut menawarkan enjin carian, perkhidmatan storan awan, pelbagai aplikasi dan perkhidmatan dengan bantuan kecerdasan dan banyak lagi – di mana ia adalah hampir sama dengan Google. Tetapi disebabkan isu dengan kerajaan di China, pengguna di negara sana tiada pilihan dan terpaksa menggunakan Baidu.

Sebelum ini kita sudah pun tahu di mana Google bakal kembali ke China dengan enjin carian baru dengan tapisan terhadap carian yang pengguna lakukan. Aplikasi ini adalah Maotai dan Longfei yang khusus dibangunkan untuk Android.

CEO Baidu, Robin Lee dengan yakin mengatakan jika Google hadir ke China kembali – mereka pasti akan tewaskan Google. Oleh itu, Robin menerbitkan poll melalui Weibo bertanyakan sama ada pengguna lebih gemarkan Google, Baidu atau kedua-duanya sekali. Mengejutkan 85.7% pengguna memilih Google, hanya 6.6% memlih Baidu dan hanya 7.7% sahaja yang tidak hirau menggunakan salah satu.

Disebabkan terkejut akan keputusan, CEO Baidu memadam poll tersebut.

Enjin carian buat masa ini masih lagi dalam perancangan dan pembangunan. Google telah pun mula menawarkan beberapa perkhidmatan dan aplikasi di China seperti Google AR Core dan Quick Draw.


TIPS & ULASAN